Sunday, January 4, 2009

Azam itu Perlu, tapi biar bertempat!

Bergerak balik ke uS...M! hehe..
Hmmmmm, hari ni dah masuk 8Muharram...bermakna kita baru saja beberapa hari melangkah masuk ke Tahun 2009. Teringat aku pada kenyataan sebuah akhbar yang aku baca beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar! Mengapa? sama-sama kita fikirkan...Menyentuh tentang azam, sudah tentu setiap orang memiliki azam yang tersendiri bergantung kepada keperluan,status dan mungkin keinginan.Azam itu perlu, tapi biar bertempat! Azam yang dibuat haruslah bertepatan dengan diri sendiri.Pelik...sungguh pelik...mengapa?hmmmm, pelik aku melihat segelintir remaja berpeleseran di sekitar bandar pada malam menjelangnya 2009 ini.Kononnya ingin meraikan hari permulaan bagi tahun baru.Namun, paling menyedihkan ibu bapa dirumah langsung tidak tahu menahu akan apa yang dilakukan oleh remaja mereka diluar sana.Renungkanlah...Itu bukan caranya untuk menyambut ketibaan tahun baru terutamanya bagi remaja Islam! Mengapa?bagaimana?Dengan cara apa kita nak menyambutnya??Fikirlah sendiri...kerana Allah telah memberi kurniaannya yang terbesar iaitu nikmat AKAL kepada kita bagi menilai sesuatu yang kita sendiri lakukan didunia ini....Eh, dah lari tajuk pulak dah? bukan...sengaja aku sentuh hal sebegini,kerana dunia terlalu sakit hari demi hari.Sakit apa? yang pastinya,sakit dunia bukanlah sakit yang boleh diubati seperti sakit yang dialami oleh seseorang manusia! Kita masih berseronok tanpa punca...sedangkan orang lain yang lebih maju kehadapan bersungguh-sungguh membina azam tahun baru ini. setiap insan yang lahir kedunia ini memiliki hidup yang berbeza.Peranan dan komitmen masing-masing juga berbeza.Bagi aku, azam 2009 ini cukuplah sekadar memenuhi azam yang tidak tercapai pada tahun lepas...supaya kita dapat memenuhinya perlahan-lahan dengan penuh semangat.Bagi khuzaimah sendiri, tak ada yang lebih baik melainkan kita dapat melihat sendiri perjalanan hidup yang kita alami dalam kehidupan seharian terutamanya apabila umur dah meningkat dewasa...Azam aku? hehe...rahsia! Jadi,sape2 yang takda azam tu, tak payahlah susah-susah berfikir apa azam tahun ni.cukup sekadar kita tahu dan sedar, kita perlu ada tujuan dalam hidup...dan ''tujuan'' itulah yang harus menjadi azam utama bagi diri kita berbanding dengan azam2 yang lain.Ingatttt....hidup mesti B E R T U J U A N !!!!!

No comments:

Post a Comment