Saturday, January 3, 2009

Berdoa Untuk Kejayaan.


Firman Allah SWT: ''Mintalah kepada-Ku nescaya Aku akan P e r k e n a n k a n permintaan'': Untuk mengejar kejayaan dalam hidup tidak kira urusan dunia atau akhirat kita tidak harus lupa kepada Allah, kerana Allah penentu mutlak segala takdir yang akan berlaku. Berdoa kepada Allah itu merupakan suatu kewajipan yang semestinya dilakukan oleh setiap individu Muslim dengan penuh rasa kehambaan dan dengan penuh rasa pengharapan supaya dimakbulkan oleh Allah. Walaupun tuntutan berdoa itu sunat.Orang yang berdoa itu akan memperoleh pahala.Setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang akademik tentulah kita mahu sesuatu yang manis hasil pengorbanan kita.Janganlah malu untuk berdoa kepada Allah.Selepas berdoa barulah kita bertawakkal kepada-Nya.Rasul SAW pernah bersabda,''Berdoa itu otak ibadat.Doa itu sendiri adalah ibadat. Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, nescaya Allah akan murka kepadanya''. Untuk melaksanakan tuntutan doa yang betul Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menggariskan 10 adab berdoa; 
  • Berdoa pada waktu yang baik
  • Contohnya pada hari jumaat sepertiga malam.
  • Berdoa pada waktu sujud ketika iqamah solat dan sesudahnya
  • Mengadap kiblat.
  • Menadah tangan separuh bahu dan menyapu tangan ke muka setelah selesai berdoa
  • Merendahkan suara-yakni nyaring dan berbisik
  • Suci daripada hadas kecil dan besar
  • Suci hati daripada sifat keji.
  • Bersabar dan berharap doa akan dimakbulkan.
  • Tidak menyalahkan takdir jika tidak dimakbulkan.Mengharapkan sepenuhnya daripada Allah...



                         ''Semoga kita akan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat''.

No comments:

Post a Comment